Saturday, 6 August 2011

Salam Ramadhan...



Hari ini masuk hari ke enam kita berpuasa. Alhamdullillah...

Sebelum itu, pada 28hb Julai yang lalu, semua orang sedia maklum yang pasukan bola Malaysia telah berlawan dengan pasukan Singapura untuk kelayakan Piala Dunia. Dan keputusannya semua dah tahu. tak perlu ler nak buat ulasan lagi. Cuma nak bagi tahu, aku pun pergi sama pada hari tu. Aku pergi sama anak aku yang sulong dan no. 2. Angah sanggup balik dari Kuantan, semata-mata nak tengok bola. Semangat Malaysia Boleh.



Bermulanya minggu ini, kita umat Islam akan menunaikan rukun Islam ketiga. Seperti tahun-tahun yang sudah, aku mendapat undangan berbuka puasa bersama vendor, itupun atas jemputan rakan sepejabat. Terimakasih di atas ingatan kengkawan. Hari ke empat berbuka puasa di SACC Shah Alam. Ada kelainannya, tidak sama seperti tahun sudah. Kali ini ada dijemput kumpulan nasyid popular tanah air untuk menghiburkan tetamu di majlis berbuka puasa. Akan datang, dah ada jemputan tapi tempat yang lain pula.

Berbuka bersama kengkawan

Artis jemputan - Saujana

Setelah kekenyangan


Hari Jumaat semalam, buat pertama kalinya YAB Dato' Menteri Besar Selangor hadir di majlis berbuka puasa di Masjid As-Salam, Puchong. Program ini dianjurkan oleh MPSJ bersama Masjid As-Salam. Kenyang ler juga, dari majlis berbuka hinggalah selesai sembahyang Tarawih aku berada di situ.


Untuk Ramadhan tahun ini dan seterusnya jika umur panjang...

Moga-moga Allah jadikan pagimu cahaya, zohormu gembira, asarmu bahagia, maghribmu keampunan, isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan rezekimu serta ianya tidak diambil balik dan dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Wednesday, 27 July 2011

Peristiwa hari ini....

Salam semua.
Hari ini hari Rabu, buat catatan awal sikit. Tak ler nanti banyak cerita dalam satu catatan.

Hari ini aku niat nak belanja kawan-kawan sepejabat makan. Tapi ada kawan nak join venture sekali. OK ler tu...Kita orang semua pegi makan nasi arab kat seksyen 20, Shah Alam. Nak cerita lebih , tak payah lah kot. Tengok gambar pun dah memberi seribu cerita...

ARABIAN KITCHEN | Seksyen 20 | Shah Alam
nama kedai nya
 
Yemeni Mendhi
Qatari Majboos
  

Mesri Bokhari

Ini kedainya

Satu Pinggan Satu Orang. Boleh Tambah
Buku Menu



Untuk keterangan lanjut boleh layari arabian-kitchen.blogspot.com

Sekian untuk hari ini. Jumpa lagi....






Tiga peristiwa yang berlaku...

Oh! Ya, lupa ler nak cerita pasal result medical check up yang aku buat hari tu. Tak der yang serius cuma kena berjaga-jaga. Umur dah lanjut, badan dah berisi. Penyakit memang dah ada. Kolestrol tinggi, lemak kat badan dan dalam hati banyak. Asid dalam darah. Yang lain ok. Alhamdullillah. Sekarang ni, pagi-pagi minum secawan 'quaker oat', petua nak kurangkan kolestrol.

Minggu lalu, 20hb. kami di project menerima tetamu untuk bersarapan pagi bersama warga-warga COMPASS. Tetamu itu dalam ucapan beliau memberi kata semangat dan kata perangsang kepada kami agar project ini akan berjaya seperti yang dirancang dan dijadualkan. Tetamu tersebut ialah YBhg. Datuk Seri Syed Zainal, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON.

Dalam minggu itu juga, 22hb. hari Jumaat, kami warga COMPASS kerja separuh hari sebab petang tu kami ada aktiviti luar. Dulu dah buat sekali, main boling kat Mid Valley. Kali ini di tempat yang sama, kami main laser pulak. Macam game 'paint ball' cuma kali ni dalam tempat yang gelap.





Seperti biasa, dihujung bulan kat COMPASS ni akan meraikan warga-warga yang lahir pada bulan tersebut. Jadi bulan Julai ini telah meraikan mereka pada 25hb. yang lalu. Just a small party. Sebuah kek yang besar, goreng pisang, keropok lekor dan sejenis kuih di jamu bersama-sama minuman teh dan kopi.

Tuesday, 26 July 2011

Dah sebulan lebih ...

Salam semua...


Hari ni 26hb Julai, dah lebih sebulan berlalu... tak 'update' blog. Samada sibuk, malas atau... entahlah???
Pelbagai peristiwa dan kejadian berlaku samada di rumah mahupun di pejabat. Kita cerita satu persatu.

Peristiwa pertama, ibu jari tangan kiri anak sulung terseliuh selepas bermain bola. Buat check-up kat KPMC Puchong jer...Lepas tu anak kedua pulak punya cerita. Buat medical check-up di tempat yang sama. Check-up untuk masuk kolej hujung bulan Jun yang lepas. Cuti ler tiga hari sebab nak hantar anak punya pasal. Di sebabkan nak hantar anak ke kolej (bukan dekat pun kat Kuantan), kena ler sewa kereta besar sikit. EXORA jer.Di kesempatan itu, kira aku bercuti bersama keluarga di Kuantan kali ini. Penginapan selama dua hari satu malam di sana, kami menginap di Bukit Gambang Resort City.

 
Tempat penginapan
Kolam renang
Breakfast Time
 
Tiada aktiviti di 'water park' sebab pergi waktu hari selasa yang jadualnya tutup pada hari itu, jadi main kat kolam renangnya jer ler. Lagi satu ingatkan 'indoor game' a.k.a. 'funfair' di buka waktu malam rupanya tak de, di buka hujung minggu jer, jadi aktiviti malam kami ke pantai teluk cempedak. Siang hari tak sempat nak ke sana. Makan malam di restoran 'sea food'. Esoknya pulak, lepas 'breakfast' kat 'coffee house', mandi sekejap kat kolam renang lepas tu kemas barang semua, nak pergi ke kolej pula untuk urusan mendaftar sebagai pelajar. Anak kedua aku dapat tawaran belajar kat KPTM - Kolej Poly-Tech Mara - sama seperti abangnya juga. Abangnya ambil kursus HR dan dia ambil kursus 'Civil Engineering bahagian 'Safety Construction'.

Isi borang pendaftaran

                 
Esok hari selepas pulang dari Kuantan, aku ada appointment dengan doktor dekat KPJ Ampang. Buat health screening. Dah tua-tua ni kena le tahu tahap kesihatan dan tubuh badan kita. OK ke, ada sakit ke. Pelbagai ujian kena lalui. Ujian air kencing dah tentu ada, ambil darah mesti punya. Yang lain-lain tu, kena X-ray le, scanning dada, perut dan .....bermacam lagi. Yang best tu buat ujian 'stress'. Dah lah badan penuh dengan wayar-wayar, kena pulak berlari perlahan-lahan di atas papan macam tempat 'exercise' yang selalu kita lihat dalam gym. Result nya kena le tunggu seminggu.

Hujung minggu tu pulak ada Karnival Sukan Antara Jabatan PONSB. Tempatnya kat Komplek Sukan PONSB jer. Kira penutup sukan bagi syarikat untuk tahun 2011. Aku terlibat dalam perbarisan kontijen.
Seperti biasa ada ler buat sikit persiapan untuk kontijen 'Corporate'. Sediakan baju/t-shirt dan peralatan sekali.

Seperti tahun-tahun sudah, awal bulan Julai di Proton merupakan hari-hari menunggu buah yang dah masak bila nak di bagi sama rata.  Apa benda tu... apa lagi 'BONUS' ler... Alhamdullillah. Dapat juga akhirnya. Sikit dan banyak jer . Rezeki masing-masing.

Seminggu selepas tu, jabatan aku buat meeting kat Auditorium PONSB. Dalam meeting tu , secara tiba-tiba aku disuruh jadi MC. Tanpa persediaan, aku hentam jer ler. Alhamdullillah selamat jua akhirnya. Bukan meeting, ianya adalah perjumpaan sesama boss dan anak buah. Boss perjelaskan perjalanan/prestasi syarikat untuk tahun sudah dan perancangan untuk tahun depan. Diakhir sessi, dibuka untuk kakitangan memberi cadangan atau pun sebarang cadangan. Ada ler dua tiga cadangan. Yang aku ingat, tentang 'renovation office' (tak tahu bila), adakan peti cadangan, 'harmonise kan sistem filing' dan kempen 3S (Senyum, Sapa dan Salam). Seperti biasa le, pantun tak lupa punya. Sempat lagi...

Dari Glenmarie ke Shah Alam,
Singgah sekejap kat Subang Jaya,
Ingatlah kawan, kuatkan azam,
Semoga kita semua akan berjaya.

Jamuan petang disediakan dengan hidangan roti jala bersama pengat durian dan kari ayam , bihun goreng, kuih muih dan minuman le apa lagi.

Hujung minggu sudah, aku sama Zurisman dan Wak Jol masuk Shah Alam Exicting Race 2011. Ingatkan nak buat 2 team. Tak dapat. Kengkawan ada hal yang lebih penting lagi. So kita pun teruskan lah juga. Mula-mula Ms Dots pun nak join sekali tapi tak boleh juga sebab ada urusan dengan kengkawan. Xtvt ni menarik sebab ada cabaran di setiap check point macam ala-ala 'Amazing Race'.




POSTER
Permulaan bermula dari Dataran Shah Alam. Dah ada cabaran kena buat. Cabaran di check point pertama ini ialah berbekalkan peralatan yang diberi, 5 butang perlu dijahit pada setiap 4 bentuk "LOVE" yang terdapat pada kain yang di beri dalam sampul surat. Sapa siap awal boleh terus ke check point kedua iaitu ke Mc Donald, Kota Kemuning. Cabaran kat sana ialah menjawab soalan 'treasure hunt'. Ada lapan soalan, kalau tak silap.Dah habis tu kena pulak pergi ke check point ketiga iaitu Taman Botani dulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah. Ada tiga tugasan kena buat. Kat sini kena pantas ler. Sapa laju ada kelebihannya. Sebelum tu kena le beli tiket nak masuk. Tugas pertama ialah senaraikan nama buah2an yang terdapat pada pokok ajaib. Tak berapa nak kenal...sebab buah2nya semacam jer warnanya. Susah nak cam.
Bantai jer ler. Tugas kedua pula kena pergi ke satu kawasan, jauh juga... nak berlari dah tentu letih jadi aku cuba sedaya upaya buat cepat secepatnya. Kat sini kena cari daun kering yang sepadan dengan contoh yang diberi. Disamping mencari untuk mengenal daun, tugas ini dikira buat pembersihan jugalah nampak gayanya. Seterusnya ke taman haiwan, tugas ketiga, senaraikan haiwan-haiwan yang terdapat kat Taman Haiwan guna cara 'silangkata'.
Dah habis semua tu, pergi ke check point keempat, katanya Bukit Tunku bawah sikit bangunan SUK. Kat situ ada dua tugasan. Satu kena panjat jaring dan melintas rintangan dan satu lagi permainan. Dua2 tugas, Wak Jol sama Man yang buat. Aku dah penat... Seterusnya ke check point kelima, kat sini kena ambil gambar Tugu Negeri... Ramai yang sesat, tak tahu kat mana letaknya. Kita orang punya gambar pun ada peserta lain yang  tolong ambik kan. Thanks a lot.



Check point ke enam pulak, kena pergi ke Pasar Seksyen 6. Dah tahu dah... mesti kena beli ikan dan bahan untuk masak. Kan dah kata... kena beli empat ekor ikan dah siap 'siang' dan dua ketul bawang besar dan kentang. Pagi2 kat sini sibuk, nak parking satu hal pulak...itulah cabaran namanya...

Dah beli semuanya, kena pulak ke seksyen 11, check point seterusnya. Sebelum sampai kat sini, kena cari pulak barang kitar semula. Barang-barang yg hendak dicari ialah kertas (5 kilo), kaca (5 barang), plastik (10 barang) dan tin (5 barang). Pelbagai cara digunakan untuk mendapat barang yang dikehendaki. Kertas kena beli semula kat Pasar tu (tempat jual paper lama). Yang lain tu ada kena kutip dalam longkang, tanya kat kedai dan kena beli dan gunakan nya pulak untuk dijadikan barang kitar semula. Ini betul-betul cabaran...
Setelah dapat kumpul semua barang tu, kita orang bergerak ke check point ke tujuh (Pusat Kita Semula Seksyen 11). Sampai kat situ, lepas timbang barang dan disahkan oleh crew (resit jangan lupa ambil), kita orang terus ke check point ke lapan. Check point yang jauh dan susah nak cari iaitu kena pergi ke Kampung Paya Jaras Dalam (rumah anak yatim). Contact semua kawan yang tahu tempat ini. Mula-mula rasa dah sesat dah, kita orang redah jer...alhamdullillah  akhirnya jumpa juga. Di sini kena buat tugasan dari barang yang dibeli kat pasar tadi. Gunakan kentang dan bawang buat corak di atas kertas lukisan. Hentam jer le...

Check point seterusnya iaitu ke sembilan, tempatnya RRIM Sungai Buloh. Dah tempatnya ladang getah, apa lagi tugasan nya ialah menoreh pokok getah sebatang jer...sampai keluar susu sampai ke tempat takungannya. Waktu ni dah dekat pukul satu tengahari. Ada lagi beberapa check point nak pergi lagi...
Dari pokok getah ke restoran steamboat. Itulah check point ke sepuluh. Lokasinya kat Subang Bestari.
Tempatnya kedai makan, mesti kena makan sesuatu... rupa-rupanya ikan yang dibeli tadi kena masak dan makan kat situ. Caranya rebus guna sup steamboat. Makan sampai habis. Perut tengah lapar, tak kira ler makan jer panas-panas tu...tanpa air pulak tu...

Dah makan kena bagi makan pulak. Itu tugas seterusnya. Check point ke sebelas kena pergi ke Denai Alam Recreation Club. Kat situ kuda sedia menunggu. Bagi lah makan carrot (bukan sebatang tapi potongan yang pendek jer) kat kuda kat situ. Bukan seekor tapi tiga ekor. Kat sini pandai-pandai ler macam mana nak bagi makan, jangan sampai termakan tangan sudah. Tak sah kalau tak pergi kat sini, Xtreme Park, seksyen 13 Shah Alam, check point ke duabelas. Tugasan kat sini, Wak Jol buat sorang-sorang. Kena panjat, ada lebih kurang 10 tempat. Panjat dan ketip kad yang diberi. Letih ler jugak. Semangat kengkawan masih ada lagi untuk teruskan check point seterusnya ke Tasik Shah Alam, check point ke tigabelas. Tugasan kat sini agak berat juga. Bukan berat apa, kena bawa air dua baldi guna gandar yang disediakan. Bukannya dekat, jauh jugak ler... Dari tempat check point tu bawa ke pulau kelapa, di tengah tasik. Laluan bukannya landai. Agak payah juga nak kawal nya. Air tak boleh tumpah, kalau kurang kena tambah. Standby satu botol air.

Akhirnya, setelah tugasan itu selesai sampailah ke check point penamat. Laman Budaya. Ingat kan tak de lagi tugasan, ada lagi rupanya. Setelah menyerahkan CP Card yang telah diketipkan setelah selesai tugasan di setiap check point, kertas lukisan yang dicorakkan, resit barang kitar semula dan gambar yang diambil kat Tugu Negeri, kami kena tunggu giliran. Namanya dah le laman budaya, mesti tugasan nya ada kena mengena dengan budaya. Tengok kepada pasukan lain, satu tarian kena buat. Ada tarian joget, inang dan juga dangdut. Bagi pasukan kami, kena buat tarian hip hop. Hari ini dalam sejarah. Tak pernah dibuat seumur hidup. Ada pulak jurinya. Salah sorang jurinya ialah Jihan, peserta Raja Lawak. Kami dapat markah penuh. Bukan tarian jer kena buat, ada soalan lagi yang kena jawab. Soalan-soalan pasal teka teki, habiskan pantun dan buat sajak tentang bunga Anggerik. Lambang Shah Alam.

Keputusannya, kami letih dan penat tapi seronok juga dan satu pengalaman baru. Ada makna buat diriku ni... badan kena cergas jangan dok asyik tidur, tidur, tidur.


Saturday, 18 June 2011

Seminggu yang berlalu...

Rujuk kepada 'post ' terdahulu, lepas ambil anak malam tu lebih kurang pukul 8 malam, kita orang pergi makan sate Kajang Hj Samuri. Ramai jugak orang walaupun esok dah start bukak sekolah selepas cuti selama dua minggu.
Minggu ni sekolah dah bermula, jalan raya dah mula sibuk seperti biasa. Aku tetap pergi kerja. Sibuk juga minggu ini. Nak kena siapkan laporan sebelum 'due date'. Mesyuarat mingguan seperti biasa dan aktiviti lain berjalan juga.
Dalam pada itu dapat SMSpula dari kawan sekolah lama hari Rabu lepas nak ajak pergi makan malam hari Jumaat ini kat Kuala Selangor, makan 'seafood'. Aku 'on' jer. So semalam aku pun pergilah selepas waktu pejabat. Nak cari tempat tu satu hal dan nak ke sana pulak tu kan nya dekat. Tapi kawan punya pasal, pergi tetap pergi. Kawan belanja.Akhirnya sampai juga ke tempat tu. Tak le sampai ke Kuala Selangor, kat Jeram je. Nama kedai nya ialah Restoran Aroma Ikan Bakar. Tempat OK. Makanan pun sedap. Boleh bawak keluarga atau ajak kengkawan datang kat sini hujung minggu...kalau modal cukup ler...untuk keterangan lanjut boleh lihat kat facebook mereka.
https://www.facebook.com/pages/Aroma-Ikan-Bakar/271179043711?sk=info

Aroma Ikan Bakar
Logo kat Facebook

DSCN0098
Laluan masuk ke Restoran

Kita orang lepak kat situ sehingga restoran itu nak tutup. Biasala jumpa kengkawan. Borak dan borak. Bermacam-macam cerita. Ada cerita pasal diri sendiri, cerita semasa dan bermacam-macam cerita lagi ler.
Pagi ini pula hantar anak ke Teluk Panglima Garang. Ada kerja kat situ sampai hari Rabu ni. Nak kena ambil pulak ler nanti.

Sunday, 12 June 2011

Dua belas hari yang lalu...

, xtvt
Salam semua...
Hari ni dah masuk 12hb...cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.
Sebelum aku nak ke Cherating pada 4hb yg lalu, aku demam dua hari. Macamana ni??? Nak ke tak nak? Alhamdullillah aku sihat juga. Akhirnya aku ke sana juga. Sebenarnya ada tiga peristiwa berlaku pada hari itu.
Pertama, kawan opis kahwin hari ini nun di Jitra, Kedah. Zara dan Kamal adalah pasangannya. Ada juga member opis ke sana. Gie, Faz, Nurlin,Suriya dan Ibrahim bersama keluarga, konvoi katanya. Kat sana jumpa Nor Din dan Khairul Aiza bersama famili masing2. Tahniah buat Zara.
Aku tak pegi sebab nak ke Cherating bersama member opis juga. Bukan apa, masuk event Treasure Hunt anjuran JPN Selangor. Aku pergi sama Zurisman,Nazri dan Lokman (staff baru dari Group Account). Godaan Cherating tema diberi...tapi yang mencabarnya kena cari pejabat JPN sepanjang perjalanan ke Cherating. Nak kena le tahu alamatnya.

                                            Bergambar sebelum ke Cherating

Pejabat2 JPN yang kena cari dan ambil gambar sekali sama member ialah:
1. JPN Gombak
2.JPN Bentong
3.JPN Mentakab
4.JPN Temerloh
5.JPN Maran
6.JPN Kuantan
Disamping itu, seperti biasa kena le jawab soalan2 yang diberi. Ada jawapan kat 'Highway' dan juga sekitar pejabat JPN yang kita orang pergi tu.Soalan umum pun ada. Contoh - Nama lain untuk Bandar Maran, Namakan tiga kerabat Negeri Pahang dan sebagainya. Alhamdullilah kami sampai juga akhirnya. Boleh rujuk link ini selangorhunt2011.blogspot.com. Kami tinggal di Cherating Bay Resort.

                                      Pintu Masuk ke Cherating Bay Resort


Walaupun tak menang hadiah utama tapi menang dalam pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Dalam perjalanan pulang, konon2 nak makan durian kat Temerloh, singgah ler kat tepi sungai tu yang ada Titi Gantung tu...tapi hampeh...ada tu ada tapi mahal pakai timbang lagi...

                                        Berlatarbelakangkan Titi Gantung



Sungai Pahang


Oh! ya, lupa pulak peristiwa ketiga nya ialah staff AP (section yang aku keje dulu) Salina selamat bersalin 'baby girl' pada pukul 9.08 malam. Tahniah diucapkan.
Hari-hari seterusnya, seperti biasa kerja, kerja, kerja sampailah hari Khamis 9hb. aku ambil cuti sampai Isnin 13hb. Tak ke mana2. Dok rumah jer. Semalam aku pergi Treasure Hunt lagi. Kali ini kat Subang Jaya jer...
'Empire Shopping Gallery Beginner's Motor Hunt'. Katanya untuk beginner tapi yang masuk dan yang menang adalah regular hunter dan yang selalu menang untuk hunt yg lain. Apa lah ni organizer... kasi betul ler sikit...

Rakan-rakan yang 'join' sama

Tengah dok fikir apa jawapan yang hendak ditulis
Gambar ehsan dari nurlinidris.blogspot.com


Kali ini ada dua pasukan. Satu pasukan terdiri dari Gie, Fazli, Nurlin dan Linda dan satu lagi Zurisman, Lokman dan aku. Menang jugak hadiah tapi untuk jawab soalan sebelum persembahan jawapan. Apa2 pun ini satu pengalaman yang boleh dijadikan panduan nanti.
Sekian dulu untuk kali ini. Hari ini aku dok rumah jer...
Nak pergi ambil anak kat Kajang malam nanti...

Wednesday, 1 June 2011

Dah lama berlalu...

Dah masuk bulan June, dua minggu sudah tak update. Pelbagai cerita dan peristiwa berlaku. Baik di opis mahupun di rumah.
Seperti biasa, kerja kat projek Compass tetap berjalan walaupun nampak tak berapa nak jalan.
Projek sama rakan-rakan opis pasal rekacipta inovasi nampaknya tak berjaya.
Perkara lain ada buat perbincangan dengan rakan opis tentang aktiviti untuk tahun ini. Tak tahulah boleh 'on' ke tidak. Kita cuma merancang tapi yang menentukan ALLAh jua.
Yang lain, sempena Himpunan Sejuta Belia kat Putrajaya ada aktiviti Walk Hunt. Secara tak langsung terlibat sama walaupun aku dah tak belia lagi... tapi sebelum tu ada pergi taklimat pasal treasure hunt hujung miggu ni...akan cuba yang terbaik...Pasal hunt-hunt ini memang minat.
Oh!ya, lepas Hunt kat Putrajaya hari tu, terus pergi rumah Rafiq kat Kelang pasal ada kenduri cukur jambul anaknya yang pertama. Makanan mewah... Aku pergi sama Zurisman dan Adnan.
Cuti sekolah pun dah bermula....kat opis ramai juga yang cuti, aku cadang nak ambil minggu depan. Tak pergi mana-mana cuma rehatkan diri jer...
Cerita kat opis lama ada macam-macam. Suka ada sedih pun ada...dah adat dunia.
Pengganti aku pun dah datang...kita lihat dan tungguuuu.....