Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Renungan.....

Tanda diterimanya amalan di bulan Ramadhan


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masa terus berlalu Ramadhan semakin jauh kita tinggalkan. Bagaimana agaknya kehidupan kita sekarang kalau di muhasabah berbanding amalan yang kita buat di sepanjang bulan Ramadhan. Muhasabah diri sangat penting sebagai audit diri untuk melihat tahap pencapaian kehidupan yang bakal diaudit kelak di padang mahsyar.
Apabila mendapat HIDAYAH jangan ditolak kerana mungkin tak akan dapat lagi.
Apabila mendapat HIDAYAH jangan ditolak kerana mungkin tidak akan dapat lagi.
Kali ini akan berkongsi ilmu muhasabah Ramadhan untuk sama-sama kita fikirkan dan terjemahkan dalam kehidupan. Jom kita hayati bersama adakah amalan Ramadhan kita diterima oleh Allah SWT …
  1. Barangsiapa yang Sebelum Ramadhan suka tidur setelah Subuh, Maka sekarang ia tidak lagi suka tidur setelah subuh, melainkan Berzikir kepada Allah sampai Matahari terbit.
  2. Barangsiapa yang sebelum Ramadhan tidak Bangun malam untuk beribadah, maka setelah Ramadhan ia menjadi orang yang suka menghidupkan malam.
  3. Barangsiapa yang sebelum Ramadhan tidak mengindahkan Shalat berjemaah, maka setelah Ramadhan ia selalu menjaga shalat Berjamaah
  4. Barangsiapa yang sebelum Ramadhan Tidak menyukai Ilmu dan ulama’ Maka setelah Ramadhan ia menjadi Orang yang suka Kepada Ilmu dan Ulama’
  5. Barangsiapa yang sebelum ramadhan tidak mengindahkan Shalat Duha dan Shalat witir, dan Shalat sunnah Rawatib, maka setelah Ramadhan ia senantiasa menjaga untuk melakukan Shalat-sahalat tersebut
  6. Barangsiapa yang sebelum Ramadhan suka melihat Perkara-perkara Haram maka setelah Ramadhan ia menjadi Orang yang Takut kepada Allah, dan memelihara Pandangan nya.
  7. Barangsiapa yang sebelum ramadan suka mengunjing (memfitnah, mengumpat, mengata-mengata), maka setelah ramadhan ia tidak melakukan nya lagi.
  8. Barangsiapa yang sebelum Ramadhan suka Durhaka kepada kedua Orang tua nya, maka setelah Ramadhan ia menjadi orang yang berbuat kebajikan kepada kedua orang tua nya, melayani dengan hak-hak nya.
  9. Barangsiapa yang sebelum Ramadhan suka memutuskan talian keluarga, maka setelah Ramadhan ia menjadi orang yang menjalin Siltarrahim kepada sanak kerabat,
Beginilah dalam Hal kebaikan ia menjadi lebih baik, Inilah tanda-tanda diterimanya Amalan Ibadah di bulan ramadhan, dan Tanda-tanda dibebaskan nya dari api neraka.
Adapun jika yang terjadi malah sebalik nya,- Wal iyadzu billah- maka ia menjadi orang yang terhalang dari kebaikan, Rugi, sebab segala sesuatu tidak naik meningkat, maka ia telah mensia-siakan Umur nya secara cuma-cuma. sebagai Gantinya ia tidak maju kedepan, melainkan malah Mundur ke belakang.
Semoga amalan Ramadan kita diterima oleh Allah SWT dan akan menjadi perlindungan untuk kita di dunia dan akhirat.

petikan dari denaihati.com

Monday, 11 February 2013

Kisah dari PROTON....


1,000 pekerja Proton protes tentang gaji


 
Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.

proton tanjung malim 080213 01Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi 
Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.

proton tanjung malim 080213 04Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang 
mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaranone-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.

Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900. 

proton shah alam protest 080213 01Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung 
Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum.


di petik dari www.malaysiakini.com

Thursday, 13 September 2012

Himpunan Merdeka 55 : Janji Ditepati....

Seperti tahun-tahun yang lalu sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini rasanya agak berlainan sikit. Rasanya tak pernah pun diadakan perhimpunan selepas sambutan kemerdekaan di adakan pada sebelah pagi. Apa-apa pun atas arahan dan paksa rela, warga PROTON hadir bagi memeriahkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam harinya.

Biarkan gambar menceritakan suasana pada malam itu.

Waktu Petang (Baru Sampai)


Orang sebelah dok kibar bendera, belah kita buat der jer......


Tak boleh jadi ni....


Suasana di tengah stadium sebelum PM sampai



Formasi-formasi yang dibuat melalui kadboard

Sebahagian dari persembahan yang diadakan


Sebahagian warga Finance yang menghadirkan diri dalam acara pada malam
tersebut 


Monday, 16 July 2012

Ramadhan Datang Lagi....


11 AMALAN SUNAT PADA BULAN RAMADHAN

ramadhan
Ramadhan Mubarak
Alhamdulillah..sedar tak sedar kita sekali lagi ditemukan dengan bulan Ramadhan dimana semua umat Islam wajib berpuasa. Sebelum tu saya ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat islam di seluruh Malaysia. Semoga kita dipanjangkan umur; diberi taufik dan hidayah-Nya.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan, saya ingin berkongsi 11 amalan sunat pada bulan Ramadhan.

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

share kepada rakan-rakan..semoga mendapat keredhaan dari-Nya..
wallahua'lam..

11 amalan sunat pada bulan Ramadhan, perkara sunat pada bulan Ramadhan, perbuatan sunat pada bulan Ramadhan.


dipetik dari gigikecik.blogspot.com

Sunday, 24 June 2012

Di sebalik pelancaran PREVE....

Pada 16hb  April yang lalu....
Semua tahu Proton telah melancarkan kereta baru. PROTON PREVE.
Tapi sebelum PM lancarkan kereta tu...ada acara lain iaitu acara sambutan kedatangan PM. 
Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan disambung dengan lagu PROTON. 
"Tujuh Nilai Teras PROTON".
Lagu2 ini dijayakan oleh KOIR PROTON di mana aku pun terlibat sama.... 
Untuk acara ni saja, latihan intensif dijalankan selama dua hari. Anggota KOIR seramai 26 orang melibatkan semua jabatan dan tidak ketinggalan warga PROTON Tanjung Malim seramai 5 orang. Dengan semangat dan kebolehan masing-masing, misi ini nampaknya berjaya juga. TAHNIAH kengkawan semua.




Monday, 9 April 2012

Fenomena Ustaz Don....

Fenomena seorang lagi ustaz selain dari Ustaz Azhar Idrus. Hampir semua orang kenal sapa tu Ustaz Don. Seorang ustaz yang muncul di TV Alhijrah. Jadi di PROTON pun tak ketinggalan dengan fenomena ini. Lalu dijemput ustaz ini untuk menyampaikan ceramahnya.




Aku juga mengambil kesempatan bersalam dengan beliau. Ambil keberkatan. Insya - Allah.



Saturday, 4 February 2012

Kesibukan...

Ya Allah ya Tuhanku...
Apakah kesibukan aku ini bermakna buat diriku ini...
Tunjukkanlah kepada hambaMU ini perkara-perkara yang mendatangkan faedah buat diriku ini, insan yang amat lemah dan perlukan lagi bimbingan dan tunjuk ajar.
Berikanlah aku kekuatan dan keazaman yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup ini. Ya Allah.
Aku memohon kepadaMU, sesungguhnya KAU Maha mengetahui kelemahan hambaMU ini.
Amin. Amin. Ya Rabul alamin.

Sunday, 1 January 2012

Tahun Baru 2012...

Alhamdullillah... Dipanjangkan umur dan insya-Allah rezeki akan bertambah dengan izinNya. Aminn...

Sambutan tahun baru kali ini amat berlainan untuk aku. Sambutan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.



Sambutan bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan sembang santai bersama Imam Muda Asyraf dan sorang lagi ustaz. Sampailah waktu Isyak. Berjemaah . Lepas tu ada sikit hiburan dari Shahir AF, Sham Kamikaze dan Dakmie. Yang di tunggu malam tu ialah Ustaz Azhar Idrus bersama Azizan, Raja Lawak Astro. Sessi bersama Ustaz ialah menjawab soalan berkaitan hiburan dan juga isu-isu semasa berkaitan agama. Zizan tanya Ustaz jawab. Ada lebih kurang 13 ke 15 soalan dalam masa dua jam Ustaz menjawabnya. Ada soalan dan jawapan memang kelakar. Salah satu soalannya lebih kurang macam ni bunyinya...

'Ketika saya memandu di LPT dengan kelajuan 180km/j (waktu malam, tiada kenderaan lain), tiba-tiba kelihatan Ustaz telah memotong kenderaan saya. Soalannya ialah berapa kelajuan meter kereta Ustaz ketika itu?'

Soalan nampak macam tak de kena mengena langsung dengan hal agama. Tapi Ustaz dengan selambanya menjawab, kereta aku meter ada satu jer... Persoalan sebenarnya, boleh tak kita memandu melebihi kelajuan yang dibenarkan? Ustaz pun terang ler dengan panjang lebar disulam dengan kata-kata lucunya.

Acara ni berlangsung lebih kurang 2 jam lamanya. Acara ini diakhiri dengan ustaz tanpa disangka-sangka telah menunjukkan kebolehan bermain gitar. Mula-mula Zizan tunjuk ler dia pun boleh main gitar.

20120101-041013.jpg

Lepas Zizan kecek-kecek sama Ustaz, Ustaz pun ambil gitar dan terus tunjukkan kebolehannya. Boleh tahan jugak dengar gorengan ustaz malam tadi.

detik-12-malam-2012-ustaz-azhar-idrus-(6)

Acara diteruskan sebelum detik 12 malam tiba dengan persembahan dari Shahir AF dan Ustaz Akhil Hayy. Bila sampai waktunya, berkumandanglah suara dari semua yang hadir mengalunkan lagu Asma al Husna. Nama-nama Allah. Dan disudahi dengan doa dari Ustaz Azhar Idrus.

Begitulah berakhirnya episod malam tahun baru kali ini... Semoga di masa-masa akan datang sambutan begini akan diadakan di seluruh negara. Aminn...

Sambutan amat mengalakkan. Katanya seramai 70 ribu orang yang hadir pada malam itu. Kalau betul alhamdullillah.

akhil hayy

detik-12-malam-2012-ustaz-azhar-idrus-(1)

sambutan-tahun-baru-azhar-idrus-dan-zizan-(4)

countdown-2012-tahun-baru-ustaz-azhar-idrus-(5)

Sunday, 25 December 2011

Bertemu dan berpisah...

Sudah menjadi adat dunia. Setiap pertemuan ada perpisahan. Dan setiap yang bermula ada akhirnya. Begitu juga rakan-rakan di pejabat. Dua perpisahan berlaku di pejabat aku pada bulan November yang lalu. Seorang berjawatan tinggi dan seorang lagi kerani biasa. Kat sini ada perbezaan yang nyata dalam sambutan majlis yang diadakan. Tak tahu kenapa jadi demikian. Sambutan pertama terbuka kepada semua warga kerja kat pejabat aku dan satu lagi hanya diadakan atas usaha sebahagian warga kerja yang rapat dengan rakan yang hendak pergi tu. Walau apa-apa pun diucapkan selamat berjaya buat mereka berdua. Madam Jasmin Gan dan Cik Siti Norzana.

Yang Pertama :-









Dan ini yang kedua :-
Yang ini ada tema -  warna biru atau 'pink'







Monday, 7 November 2011

Sebulan yang lalu...

Salam semua...

Dah berakhir bulan sepuluh, muncul pula bulan sebelas. Masa berlalu begitu pantas atau diri sendiri yang lalai dan alpa pada keujudan alam ini. Berlalu begitu saja tanpa bicara yang membolehkan kita mendapat menafaatnya. Ya, ALLAH, ampunkanlah hamba Mu ini, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui Segalanya.

Sepanjang bulan Oktober yang lalu, pelbagai aktiviti dan tugasan samada kerja di pejabat mahupun luaran aku lakukan.

Di pejabat, bulan ini dipenuhi dengan 'training'. Mula-mula dulu buat SIT (System Intergration Test I and II), lepas tu MUT (Module Unit Test) dan akhir sekali UAT (User Acceptance Test). Disamping tu ada pulak KUT (Key User Training), yang ni sapa yang pegi KUT akan jadi 'trainer' kepada 'end user'  nanti dalam EUT (End User Training) yang akan dijalankan lepas raya haji nanti. Dalam waktu ini, kesibukan amat ketara. Nampak mudah tapi memerlukan penumpuan yang sepenuhnya dan teliti agar setiap benda tidak akan ketinggalan dalam masa buat 'testing' ni. Takut nanti di kemudian hari akan timbul masalah dan dipersalahkan pulak.

Masa buat KUT
Disamping tu, seperti biasa setiap hujung bulan ada 'celebrate birthday' untuk yang terlibat sepenuh masa dalam projek ni, Bulan ni celebrate untuk tiga bulan sekali (Ogos, September dan Oktober). Sebabnya , dua bulan lepas, posa tak boleh nak makan waktu petang lepas tu cuti raya pulak dan sibuk memanjang kerja. Jadi aku pun termasuk ler dalam senarai. Tak lah mengharap sangat tapi masih lagi terkilan yang ditunggu tak kunjung tiba. Mungkin 'dia' terlupa atau pun dah lupa. Semoga dia tidak begitu tapi nampak gayanya macam tu. Nak buat camana, kita ni sapa di mata dan dihati 'dia'?.

Salah satu kek - Kek Cheese Oren



Seperti selalu selepas sesuatu 'event' habis yang boleh dikatakan berjaya, aktiviti luaran akan diadakan. Dah dua kali buat kat Mid Valley hari tu. Main boling sama 'laser tagging'. Kali ni pulak menjamu selera. Tempatnya kat Subang Jaya - Kelantan Delights ( www.kelantandelights.com ) - pada 3 Nov lalu.




















Ada tom yam, ikan siakap, daging, udang ,sayur dan dessertnya lompat tikam

Sedang menjamu selera

Kekenyangan

Antara yang hadir



Yang tu aktiviti semasa kat opis projek COMPASS.

Aku juga menghadiri majlis 'reunion' sekolah rendah sama sekolah menengah pada 22hb Oktober yang lalu.
Tempat seperti biasa, Restoran Liki-Liki kat Danau Kota, Setapak. Ramai juga yang hadir. Ada yang bawa famili dan ada orang baru nak 'join'. First time datang ke majlis ni. Nampak seronok sangat. Jumpa yang baru nak join, kenangan lama mengusik jiwa. Ya laa...dah lama tak jumpa hampir 28 tahun. Macam-macam cerita nak diceritakan...tapi masa nak mengizinkan. Cukup lah setakat pukul 12 tengah malam. Lain kali sambung lagi. Kalau umur panjang akan berjumpa lagi. Buat masa ni, FB kan ada lagi pun boleh call call. 

On 23rd to 25th October last month, Group Finance & Corporate Finance went to Team Building Program. Location at Pangkor Island Beach Resort, Pangkor Island, Perak. 3 days 2 nights.

Ikut jadual, mulakan perjalanan pukul 7.30 pagi. Tapi pukul 9 baru bertolak sebabnya...
                                                                        .
                                                                        .
                                                                        .

Salah satu tayar bas pancit

Kita sambung di lain entri...panjang cerita kat sana...