Saturday 18 June 2011

Seminggu yang berlalu...

Rujuk kepada 'post ' terdahulu, lepas ambil anak malam tu lebih kurang pukul 8 malam, kita orang pergi makan sate Kajang Hj Samuri. Ramai jugak orang walaupun esok dah start bukak sekolah selepas cuti selama dua minggu.
Minggu ni sekolah dah bermula, jalan raya dah mula sibuk seperti biasa. Aku tetap pergi kerja. Sibuk juga minggu ini. Nak kena siapkan laporan sebelum 'due date'. Mesyuarat mingguan seperti biasa dan aktiviti lain berjalan juga.
Dalam pada itu dapat SMSpula dari kawan sekolah lama hari Rabu lepas nak ajak pergi makan malam hari Jumaat ini kat Kuala Selangor, makan 'seafood'. Aku 'on' jer. So semalam aku pun pergilah selepas waktu pejabat. Nak cari tempat tu satu hal dan nak ke sana pulak tu kan nya dekat. Tapi kawan punya pasal, pergi tetap pergi. Kawan belanja.Akhirnya sampai juga ke tempat tu. Tak le sampai ke Kuala Selangor, kat Jeram je. Nama kedai nya ialah Restoran Aroma Ikan Bakar. Tempat OK. Makanan pun sedap. Boleh bawak keluarga atau ajak kengkawan datang kat sini hujung minggu...kalau modal cukup ler...untuk keterangan lanjut boleh lihat kat facebook mereka.
https://www.facebook.com/pages/Aroma-Ikan-Bakar/271179043711?sk=info

Aroma Ikan Bakar
Logo kat Facebook

DSCN0098
Laluan masuk ke Restoran

Kita orang lepak kat situ sehingga restoran itu nak tutup. Biasala jumpa kengkawan. Borak dan borak. Bermacam-macam cerita. Ada cerita pasal diri sendiri, cerita semasa dan bermacam-macam cerita lagi ler.
Pagi ini pula hantar anak ke Teluk Panglima Garang. Ada kerja kat situ sampai hari Rabu ni. Nak kena ambil pulak ler nanti.

No comments:

Post a Comment