Wednesday 27 July 2011

Tiga peristiwa yang berlaku...

Oh! Ya, lupa ler nak cerita pasal result medical check up yang aku buat hari tu. Tak der yang serius cuma kena berjaga-jaga. Umur dah lanjut, badan dah berisi. Penyakit memang dah ada. Kolestrol tinggi, lemak kat badan dan dalam hati banyak. Asid dalam darah. Yang lain ok. Alhamdullillah. Sekarang ni, pagi-pagi minum secawan 'quaker oat', petua nak kurangkan kolestrol.

Minggu lalu, 20hb. kami di project menerima tetamu untuk bersarapan pagi bersama warga-warga COMPASS. Tetamu itu dalam ucapan beliau memberi kata semangat dan kata perangsang kepada kami agar project ini akan berjaya seperti yang dirancang dan dijadualkan. Tetamu tersebut ialah YBhg. Datuk Seri Syed Zainal, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON.

Dalam minggu itu juga, 22hb. hari Jumaat, kami warga COMPASS kerja separuh hari sebab petang tu kami ada aktiviti luar. Dulu dah buat sekali, main boling kat Mid Valley. Kali ini di tempat yang sama, kami main laser pulak. Macam game 'paint ball' cuma kali ni dalam tempat yang gelap.





Seperti biasa, dihujung bulan kat COMPASS ni akan meraikan warga-warga yang lahir pada bulan tersebut. Jadi bulan Julai ini telah meraikan mereka pada 25hb. yang lalu. Just a small party. Sebuah kek yang besar, goreng pisang, keropok lekor dan sejenis kuih di jamu bersama-sama minuman teh dan kopi.

No comments:

Post a Comment