Saturday, 6 August 2011

Salam Ramadhan...



Hari ini masuk hari ke enam kita berpuasa. Alhamdullillah...

Sebelum itu, pada 28hb Julai yang lalu, semua orang sedia maklum yang pasukan bola Malaysia telah berlawan dengan pasukan Singapura untuk kelayakan Piala Dunia. Dan keputusannya semua dah tahu. tak perlu ler nak buat ulasan lagi. Cuma nak bagi tahu, aku pun pergi sama pada hari tu. Aku pergi sama anak aku yang sulong dan no. 2. Angah sanggup balik dari Kuantan, semata-mata nak tengok bola. Semangat Malaysia Boleh.



Bermulanya minggu ini, kita umat Islam akan menunaikan rukun Islam ketiga. Seperti tahun-tahun yang sudah, aku mendapat undangan berbuka puasa bersama vendor, itupun atas jemputan rakan sepejabat. Terimakasih di atas ingatan kengkawan. Hari ke empat berbuka puasa di SACC Shah Alam. Ada kelainannya, tidak sama seperti tahun sudah. Kali ini ada dijemput kumpulan nasyid popular tanah air untuk menghiburkan tetamu di majlis berbuka puasa. Akan datang, dah ada jemputan tapi tempat yang lain pula.

Berbuka bersama kengkawan

Artis jemputan - Saujana

Setelah kekenyangan


Hari Jumaat semalam, buat pertama kalinya YAB Dato' Menteri Besar Selangor hadir di majlis berbuka puasa di Masjid As-Salam, Puchong. Program ini dianjurkan oleh MPSJ bersama Masjid As-Salam. Kenyang ler juga, dari majlis berbuka hinggalah selesai sembahyang Tarawih aku berada di situ.


Untuk Ramadhan tahun ini dan seterusnya jika umur panjang...

Moga-moga Allah jadikan pagimu cahaya, zohormu gembira, asarmu bahagia, maghribmu keampunan, isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan rezekimu serta ianya tidak diambil balik dan dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

No comments:

Post a Comment