Sunday 12 June 2011

Dua belas hari yang lalu...

, xtvt
Salam semua...
Hari ni dah masuk 12hb...cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.
Sebelum aku nak ke Cherating pada 4hb yg lalu, aku demam dua hari. Macamana ni??? Nak ke tak nak? Alhamdullillah aku sihat juga. Akhirnya aku ke sana juga. Sebenarnya ada tiga peristiwa berlaku pada hari itu.
Pertama, kawan opis kahwin hari ini nun di Jitra, Kedah. Zara dan Kamal adalah pasangannya. Ada juga member opis ke sana. Gie, Faz, Nurlin,Suriya dan Ibrahim bersama keluarga, konvoi katanya. Kat sana jumpa Nor Din dan Khairul Aiza bersama famili masing2. Tahniah buat Zara.
Aku tak pegi sebab nak ke Cherating bersama member opis juga. Bukan apa, masuk event Treasure Hunt anjuran JPN Selangor. Aku pergi sama Zurisman,Nazri dan Lokman (staff baru dari Group Account). Godaan Cherating tema diberi...tapi yang mencabarnya kena cari pejabat JPN sepanjang perjalanan ke Cherating. Nak kena le tahu alamatnya.

                                            Bergambar sebelum ke Cherating

Pejabat2 JPN yang kena cari dan ambil gambar sekali sama member ialah:
1. JPN Gombak
2.JPN Bentong
3.JPN Mentakab
4.JPN Temerloh
5.JPN Maran
6.JPN Kuantan
Disamping itu, seperti biasa kena le jawab soalan2 yang diberi. Ada jawapan kat 'Highway' dan juga sekitar pejabat JPN yang kita orang pergi tu.Soalan umum pun ada. Contoh - Nama lain untuk Bandar Maran, Namakan tiga kerabat Negeri Pahang dan sebagainya. Alhamdullilah kami sampai juga akhirnya. Boleh rujuk link ini selangorhunt2011.blogspot.com. Kami tinggal di Cherating Bay Resort.

                                      Pintu Masuk ke Cherating Bay Resort


Walaupun tak menang hadiah utama tapi menang dalam pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Dalam perjalanan pulang, konon2 nak makan durian kat Temerloh, singgah ler kat tepi sungai tu yang ada Titi Gantung tu...tapi hampeh...ada tu ada tapi mahal pakai timbang lagi...

                                        Berlatarbelakangkan Titi Gantung



Sungai Pahang


Oh! ya, lupa pulak peristiwa ketiga nya ialah staff AP (section yang aku keje dulu) Salina selamat bersalin 'baby girl' pada pukul 9.08 malam. Tahniah diucapkan.
Hari-hari seterusnya, seperti biasa kerja, kerja, kerja sampailah hari Khamis 9hb. aku ambil cuti sampai Isnin 13hb. Tak ke mana2. Dok rumah jer. Semalam aku pergi Treasure Hunt lagi. Kali ini kat Subang Jaya jer...
'Empire Shopping Gallery Beginner's Motor Hunt'. Katanya untuk beginner tapi yang masuk dan yang menang adalah regular hunter dan yang selalu menang untuk hunt yg lain. Apa lah ni organizer... kasi betul ler sikit...

Rakan-rakan yang 'join' sama

Tengah dok fikir apa jawapan yang hendak ditulis
Gambar ehsan dari nurlinidris.blogspot.com


Kali ini ada dua pasukan. Satu pasukan terdiri dari Gie, Fazli, Nurlin dan Linda dan satu lagi Zurisman, Lokman dan aku. Menang jugak hadiah tapi untuk jawab soalan sebelum persembahan jawapan. Apa2 pun ini satu pengalaman yang boleh dijadikan panduan nanti.
Sekian dulu untuk kali ini. Hari ini aku dok rumah jer...
Nak pergi ambil anak kat Kajang malam nanti...

No comments:

Post a Comment