Tuesday 4 October 2011

Awal Oktober...

1hb Oktober 2011, Sabtu, syarikat aku bekerja buat aktiviti tahunan iaitu pengiraan stok pertengahan tahun. Kali ini buat 2 hari. Hari ni kat Shah Alam, esok baru buat kat Tanjong Malim. Tempat-tempat lain buat hari ini juga.

Aku ditugaskan untuk buat pengiraan dikawasan Kilang Enjin Dan Transmisi. Aktiviti bermula sejak pukul 8 pagi lagi. Tapi seperti biasa taklah seawal tu kumpulan aku ke tempat yang diarahkan. Bersarapan dulu, taklimat ringkas dari ketua seksyen stok - Azdi dan Azarha dan tunggu rakan-rakan lain yang belum sampai.

Penerangan ringkas diberi kepada ahli kumpulan sebelum bergerak ke tempat pengiraan stok itu. Jangan lupa clip board, glove dan pen perlu dibawa bersama.Kumpulan aku seramai lima orang. Bergerak dalam satu kumpulan, tamat tugas pengesahan lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Tiada isu berbangkit. Jadi balik ke pejabat semula. Katanya ada disediakan makan tengahari. Tunggu...

Waktu nak pulang, hujan turun lebat sekali, lewat ambil anak sulung kat Bukit Jalil. Malam tu pula lepas sembahyang Maghrib, aku sama Safwan pergi tengok bola kat Stadium Shah Alam. Perlawanan bolasepak adalah antara pilihan Selangor melawan pilihan Singapura untuk merebut Piala Sultan Selangor. Acara ini adalah acara tahunan, bergilir-gilir jadi tuan rumah antara Selangor dan Singapura. Ramai juga yang datang, tidak seperti dalam perlawanan untuk Liga Malaysia. Tak tahu ler kenapa... samada tiket percuma atau ada sebab lain yang menyebabkan ramai orang datang menyaksikannya.

Selepas perlawanan bolasepak itu, aku sebenarnya ada jemputan makan-makan kat rumah kawan sekolah aku. Rumahnya jauh le juga. Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Dah lah tak pernah pergi area ini, malam pulak tu... memang sesat ler...tapi akhirnya jumpa juga...lebih kurang pukul 12 tengah malam baru sampai kat rumah kawan aku tu...Makan ler apa yang ada. Nasi beriani lauk ayam masak merah, laksa sama bee hoon sup.

Esoknya, Ahad...masa untuk berehat...dah penat semalam dari pagi sampai ke tengah malam tak berhenti berjalan dan buat kerja....