Thursday 13 September 2012

Himpunan Merdeka 55 : Janji Ditepati....

Seperti tahun-tahun yang lalu sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini rasanya agak berlainan sikit. Rasanya tak pernah pun diadakan perhimpunan selepas sambutan kemerdekaan di adakan pada sebelah pagi. Apa-apa pun atas arahan dan paksa rela, warga PROTON hadir bagi memeriahkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam harinya.

Biarkan gambar menceritakan suasana pada malam itu.

Waktu Petang (Baru Sampai)


Orang sebelah dok kibar bendera, belah kita buat der jer......


Tak boleh jadi ni....


Suasana di tengah stadium sebelum PM sampai



Formasi-formasi yang dibuat melalui kadboard

Sebahagian dari persembahan yang diadakan


Sebahagian warga Finance yang menghadirkan diri dalam acara pada malam
tersebut 


Monday 16 July 2012

Ramadhan Datang Lagi....


11 AMALAN SUNAT PADA BULAN RAMADHAN

ramadhan
Ramadhan Mubarak
Alhamdulillah..sedar tak sedar kita sekali lagi ditemukan dengan bulan Ramadhan dimana semua umat Islam wajib berpuasa. Sebelum tu saya ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat islam di seluruh Malaysia. Semoga kita dipanjangkan umur; diberi taufik dan hidayah-Nya.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan, saya ingin berkongsi 11 amalan sunat pada bulan Ramadhan.

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

share kepada rakan-rakan..semoga mendapat keredhaan dari-Nya..
wallahua'lam..

11 amalan sunat pada bulan Ramadhan, perkara sunat pada bulan Ramadhan, perbuatan sunat pada bulan Ramadhan.


dipetik dari gigikecik.blogspot.com

Sunday 24 June 2012

Di sebalik pelancaran PREVE....

Pada 16hb  April yang lalu....
Semua tahu Proton telah melancarkan kereta baru. PROTON PREVE.
Tapi sebelum PM lancarkan kereta tu...ada acara lain iaitu acara sambutan kedatangan PM. 
Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan disambung dengan lagu PROTON. 
"Tujuh Nilai Teras PROTON".
Lagu2 ini dijayakan oleh KOIR PROTON di mana aku pun terlibat sama.... 
Untuk acara ni saja, latihan intensif dijalankan selama dua hari. Anggota KOIR seramai 26 orang melibatkan semua jabatan dan tidak ketinggalan warga PROTON Tanjung Malim seramai 5 orang. Dengan semangat dan kebolehan masing-masing, misi ini nampaknya berjaya juga. TAHNIAH kengkawan semua.




Monday 9 April 2012

Fenomena Ustaz Don....

Fenomena seorang lagi ustaz selain dari Ustaz Azhar Idrus. Hampir semua orang kenal sapa tu Ustaz Don. Seorang ustaz yang muncul di TV Alhijrah. Jadi di PROTON pun tak ketinggalan dengan fenomena ini. Lalu dijemput ustaz ini untuk menyampaikan ceramahnya.




Aku juga mengambil kesempatan bersalam dengan beliau. Ambil keberkatan. Insya - Allah.



Tuesday 6 March 2012

Satu Peristiwa Tiga Tempat....

Kehadiran aku dalam majlis perkahwinan kengkawan.
Ada tiga majlis semuanya di tempat yang berbeza.
Yang pertama di Tanjung Karang. Perkahwinan Norlaila pada 18 Dis 2011.

     





 

Dalam perjalanan pulang singgah di kedai cendol.




Yang Kedua.
Tanggal 11hb Februari pula, aku bersama kengkawan (Azmi, Hafiz, Zurisman, Adnan dan anaknya) telah menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat Zuliana Zulkifle di Felda Piol, Jerantut.





Kehadiran ex-proton - Izzati dari Kuantan
Alang-alang dah sampai Jerantut, terlanjak ke Taman Negara pula.






Yang Ketiga.
25 Februari, majlis perkahwinan Siti Noorzana telah berlangsung di Ipoh.
 Aku bersama kengkawan sekali lagi hadir meraikan majlis tersebut. Muhamad, Rosli, Zurisman, Suhaimi dan Hadul turut serta dalam rombongan kali ini.
Tidak ketinggalan Aizal dan keluarga. Juga Nurlin dan Zaihanis bersama pasangan masing-masing turut hadir dalam majlis ini.







Begitulah selesainya majlis perkahwinan kengkawan. Didoakan semoga perkahwinan mereka diberkati ALLAH s.w.t.dan kekal sehingga akhir hayat. Amin....


Sunday 4 March 2012

Hargai masa lalu....

14hb Februari jamuan makan tengahari COMPASS diadakan di Fuzion Restoran, Sunway Resort Hotel.
Jamuan diadakan sempena pelancaran fasa pertama untuk projek ini iaitu pada 13hb Disember 2011 yang lalu.













Saturday 4 February 2012

Kesibukan...

Ya Allah ya Tuhanku...
Apakah kesibukan aku ini bermakna buat diriku ini...
Tunjukkanlah kepada hambaMU ini perkara-perkara yang mendatangkan faedah buat diriku ini, insan yang amat lemah dan perlukan lagi bimbingan dan tunjuk ajar.
Berikanlah aku kekuatan dan keazaman yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup ini. Ya Allah.
Aku memohon kepadaMU, sesungguhnya KAU Maha mengetahui kelemahan hambaMU ini.
Amin. Amin. Ya Rabul alamin.

Sunday 1 January 2012

Tahun Baru 2012...

Alhamdullillah... Dipanjangkan umur dan insya-Allah rezeki akan bertambah dengan izinNya. Aminn...

Sambutan tahun baru kali ini amat berlainan untuk aku. Sambutan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.



Sambutan bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan sembang santai bersama Imam Muda Asyraf dan sorang lagi ustaz. Sampailah waktu Isyak. Berjemaah . Lepas tu ada sikit hiburan dari Shahir AF, Sham Kamikaze dan Dakmie. Yang di tunggu malam tu ialah Ustaz Azhar Idrus bersama Azizan, Raja Lawak Astro. Sessi bersama Ustaz ialah menjawab soalan berkaitan hiburan dan juga isu-isu semasa berkaitan agama. Zizan tanya Ustaz jawab. Ada lebih kurang 13 ke 15 soalan dalam masa dua jam Ustaz menjawabnya. Ada soalan dan jawapan memang kelakar. Salah satu soalannya lebih kurang macam ni bunyinya...

'Ketika saya memandu di LPT dengan kelajuan 180km/j (waktu malam, tiada kenderaan lain), tiba-tiba kelihatan Ustaz telah memotong kenderaan saya. Soalannya ialah berapa kelajuan meter kereta Ustaz ketika itu?'

Soalan nampak macam tak de kena mengena langsung dengan hal agama. Tapi Ustaz dengan selambanya menjawab, kereta aku meter ada satu jer... Persoalan sebenarnya, boleh tak kita memandu melebihi kelajuan yang dibenarkan? Ustaz pun terang ler dengan panjang lebar disulam dengan kata-kata lucunya.

Acara ni berlangsung lebih kurang 2 jam lamanya. Acara ini diakhiri dengan ustaz tanpa disangka-sangka telah menunjukkan kebolehan bermain gitar. Mula-mula Zizan tunjuk ler dia pun boleh main gitar.

20120101-041013.jpg

Lepas Zizan kecek-kecek sama Ustaz, Ustaz pun ambil gitar dan terus tunjukkan kebolehannya. Boleh tahan jugak dengar gorengan ustaz malam tadi.

detik-12-malam-2012-ustaz-azhar-idrus-(6)

Acara diteruskan sebelum detik 12 malam tiba dengan persembahan dari Shahir AF dan Ustaz Akhil Hayy. Bila sampai waktunya, berkumandanglah suara dari semua yang hadir mengalunkan lagu Asma al Husna. Nama-nama Allah. Dan disudahi dengan doa dari Ustaz Azhar Idrus.

Begitulah berakhirnya episod malam tahun baru kali ini... Semoga di masa-masa akan datang sambutan begini akan diadakan di seluruh negara. Aminn...

Sambutan amat mengalakkan. Katanya seramai 70 ribu orang yang hadir pada malam itu. Kalau betul alhamdullillah.

akhil hayy

detik-12-malam-2012-ustaz-azhar-idrus-(1)

sambutan-tahun-baru-azhar-idrus-dan-zizan-(4)

countdown-2012-tahun-baru-ustaz-azhar-idrus-(5)