Monday, 7 November 2011

Sebulan yang lalu...

Salam semua...

Dah berakhir bulan sepuluh, muncul pula bulan sebelas. Masa berlalu begitu pantas atau diri sendiri yang lalai dan alpa pada keujudan alam ini. Berlalu begitu saja tanpa bicara yang membolehkan kita mendapat menafaatnya. Ya, ALLAH, ampunkanlah hamba Mu ini, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui Segalanya.

Sepanjang bulan Oktober yang lalu, pelbagai aktiviti dan tugasan samada kerja di pejabat mahupun luaran aku lakukan.

Di pejabat, bulan ini dipenuhi dengan 'training'. Mula-mula dulu buat SIT (System Intergration Test I and II), lepas tu MUT (Module Unit Test) dan akhir sekali UAT (User Acceptance Test). Disamping tu ada pulak KUT (Key User Training), yang ni sapa yang pegi KUT akan jadi 'trainer' kepada 'end user'  nanti dalam EUT (End User Training) yang akan dijalankan lepas raya haji nanti. Dalam waktu ini, kesibukan amat ketara. Nampak mudah tapi memerlukan penumpuan yang sepenuhnya dan teliti agar setiap benda tidak akan ketinggalan dalam masa buat 'testing' ni. Takut nanti di kemudian hari akan timbul masalah dan dipersalahkan pulak.

Masa buat KUT
Disamping tu, seperti biasa setiap hujung bulan ada 'celebrate birthday' untuk yang terlibat sepenuh masa dalam projek ni, Bulan ni celebrate untuk tiga bulan sekali (Ogos, September dan Oktober). Sebabnya , dua bulan lepas, posa tak boleh nak makan waktu petang lepas tu cuti raya pulak dan sibuk memanjang kerja. Jadi aku pun termasuk ler dalam senarai. Tak lah mengharap sangat tapi masih lagi terkilan yang ditunggu tak kunjung tiba. Mungkin 'dia' terlupa atau pun dah lupa. Semoga dia tidak begitu tapi nampak gayanya macam tu. Nak buat camana, kita ni sapa di mata dan dihati 'dia'?.

Salah satu kek - Kek Cheese Oren



Seperti selalu selepas sesuatu 'event' habis yang boleh dikatakan berjaya, aktiviti luaran akan diadakan. Dah dua kali buat kat Mid Valley hari tu. Main boling sama 'laser tagging'. Kali ni pulak menjamu selera. Tempatnya kat Subang Jaya - Kelantan Delights ( www.kelantandelights.com ) - pada 3 Nov lalu.




















Ada tom yam, ikan siakap, daging, udang ,sayur dan dessertnya lompat tikam

Sedang menjamu selera

Kekenyangan

Antara yang hadir



Yang tu aktiviti semasa kat opis projek COMPASS.

Aku juga menghadiri majlis 'reunion' sekolah rendah sama sekolah menengah pada 22hb Oktober yang lalu.
Tempat seperti biasa, Restoran Liki-Liki kat Danau Kota, Setapak. Ramai juga yang hadir. Ada yang bawa famili dan ada orang baru nak 'join'. First time datang ke majlis ni. Nampak seronok sangat. Jumpa yang baru nak join, kenangan lama mengusik jiwa. Ya laa...dah lama tak jumpa hampir 28 tahun. Macam-macam cerita nak diceritakan...tapi masa nak mengizinkan. Cukup lah setakat pukul 12 tengah malam. Lain kali sambung lagi. Kalau umur panjang akan berjumpa lagi. Buat masa ni, FB kan ada lagi pun boleh call call. 

On 23rd to 25th October last month, Group Finance & Corporate Finance went to Team Building Program. Location at Pangkor Island Beach Resort, Pangkor Island, Perak. 3 days 2 nights.

Ikut jadual, mulakan perjalanan pukul 7.30 pagi. Tapi pukul 9 baru bertolak sebabnya...
                                                                        .
                                                                        .
                                                                        .

Salah satu tayar bas pancit

Kita sambung di lain entri...panjang cerita kat sana...

Tuesday, 4 October 2011

Awal Oktober...

1hb Oktober 2011, Sabtu, syarikat aku bekerja buat aktiviti tahunan iaitu pengiraan stok pertengahan tahun. Kali ini buat 2 hari. Hari ni kat Shah Alam, esok baru buat kat Tanjong Malim. Tempat-tempat lain buat hari ini juga.

Aku ditugaskan untuk buat pengiraan dikawasan Kilang Enjin Dan Transmisi. Aktiviti bermula sejak pukul 8 pagi lagi. Tapi seperti biasa taklah seawal tu kumpulan aku ke tempat yang diarahkan. Bersarapan dulu, taklimat ringkas dari ketua seksyen stok - Azdi dan Azarha dan tunggu rakan-rakan lain yang belum sampai.

Penerangan ringkas diberi kepada ahli kumpulan sebelum bergerak ke tempat pengiraan stok itu. Jangan lupa clip board, glove dan pen perlu dibawa bersama.Kumpulan aku seramai lima orang. Bergerak dalam satu kumpulan, tamat tugas pengesahan lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Tiada isu berbangkit. Jadi balik ke pejabat semula. Katanya ada disediakan makan tengahari. Tunggu...

Waktu nak pulang, hujan turun lebat sekali, lewat ambil anak sulung kat Bukit Jalil. Malam tu pula lepas sembahyang Maghrib, aku sama Safwan pergi tengok bola kat Stadium Shah Alam. Perlawanan bolasepak adalah antara pilihan Selangor melawan pilihan Singapura untuk merebut Piala Sultan Selangor. Acara ini adalah acara tahunan, bergilir-gilir jadi tuan rumah antara Selangor dan Singapura. Ramai juga yang datang, tidak seperti dalam perlawanan untuk Liga Malaysia. Tak tahu ler kenapa... samada tiket percuma atau ada sebab lain yang menyebabkan ramai orang datang menyaksikannya.

Selepas perlawanan bolasepak itu, aku sebenarnya ada jemputan makan-makan kat rumah kawan sekolah aku. Rumahnya jauh le juga. Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Dah lah tak pernah pergi area ini, malam pulak tu... memang sesat ler...tapi akhirnya jumpa juga...lebih kurang pukul 12 tengah malam baru sampai kat rumah kawan aku tu...Makan ler apa yang ada. Nasi beriani lauk ayam masak merah, laksa sama bee hoon sup.

Esoknya, Ahad...masa untuk berehat...dah penat semalam dari pagi sampai ke tengah malam tak berhenti berjalan dan buat kerja....

Friday, 30 September 2011

Cuba Teka...

Cuba teka benda apakah ini...
Dijumpai di kawasan kampung 'Balau' waktu pergi kenduri kahwin dia hari tu.
Terdapat pada pokok yang amat popular di Malaysia...
Dan inilah gambarnya...



Akhir Syawal...

Hari ini 29hb. September, Hari lahir aku. Sedih dan gembira.

Sedih sebab selalunya ada ucapan dari seseorang yang amat aku kenali tapi semenjak dua menjak ni dah jarang sekali dapat berborak. Tak tahu ler kenapa? Apa salah ku??? Hanya dia yang tahu. Pada aku, aku sentiasa mengingatinya walau di mana jua. Aku harap dia akan tetap menjadi teman aku buat selamanya. Ada rasa kekosongan pada diri aku ni...apa nak dikata. Rela dan tabah menghadapinya.

Gembira dan bersyukur pada ALLAH, umur ku panjang lagi, harap aku dapat menikmati alam ini dengan mematuhi segala perintahNya. Amin. Moga aku dan keluarga serta sahabat handai dan saudara se Islam aku agar dapat melaksanakan apa yang diperintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

'Emo' pulak kali ni...

Hari ni tamat sudah bulan Syawal (bulan Raya), cukup sebulan...

Nak bercerita pasal jamuan raya diakhir Syawal...

Ahad lepas di seksyen 9, Shah Alam, aku dan anak2 ku ke rumah kawan seopis (Azdi) dan ex opis mate (Rafidah). Buat jamuan raya sekali dgn aqiqah anaknya. Buat kat rumah yang tersergam indah. Tahniah diucapkan. Rumah satu tapi dua tuan rumah. Boleh panggil rumah 'agam'. Boleh lihat gambar di bawah....





Hari Isnin pulak, seperti tahun-tahun sudah, opis buat jamuan raya. Meriah tak meriah...ok lah jugak. Suasana tahun ini nampak gayanya ramai orang pakai pakaian warna biru. Tahun ini pulak ada empat kategori hadiah disediakan. Walaupun hadiah tak seberapa tapi cukup sudah untuk memeriahkan suasana pada hari itu. Kategori yang diadakan ialah
1. Kategori sopan santun
2. Kategori sporting
3. Kategori yang meletop
4. Kategori moden bergaya

Hadiah yang disediakan
 dan antara pemenang-pemenangnya ialah....








dan beginilah suasananya pada hari itu...




dan ini dia hadiah yang aku menangi untuk kategori moden bergaya...


Aku dok kat majlis tu tak lah sampai waktu akhir pejabat, aku kena balik ke Casting tempat di mana aku berada iaitu di COMPASS Project sekarang. Kena siapkan kerja sikit sebab lepas ini sibuk dengan training dan testing...

Sekian untuk kali ini dan berjumpa lagi....

Sunday, 25 September 2011

Hari ini dalam sejarah....

Hari ini, 24hb Sept 2011, aku bertemu semula kawan lama masa belajar kat PUO, Ipoh di Putrajaya Persint 9.
Rasanya dah berbelas tahun tak jumpa, Zaharuddin orang Teluk Intan. La ni duduk kat Persint 11. Lagi satu dapat berborak dengan sorang lagi kawan, Radwan, orang Kuala Kangsar. Pun sama dah berbelas tahun x bercakap dan berjumpa dengannya. Kita orang dah plan nak jumpa semula. Bila? X tahu lagi. Nanti boleh ler bergambar dan bercerita panjang. Ingat kisah2 masa belajar kat Ipoh dulu. Macam-macam cerita dan peristiwa terjadi. Lucu, sedih, gembira dan pelbagai situasi yang lain. Memang seronok jika dikenang kan. Ianya menjadi kenangan abadi sepanjang hayat.

Saturday, 24 September 2011

Apa bezanya...

Cuba lihat gambar di bawah, ada perbezaan tak? Kalau tak nampak tu tak tahu lah nak cakap apa...

Sebelum

Selepas

Kejadian berlaku pada pagi 20hb yang lalu...waktu nak pergi kerja.
Buka jer pagar rumah, kelihatan janggal pada kereta ku. Perhati betul-betul. memang janggal. Ada perlanggaran berlaku, bila dan waktu tak pasti... rasanya waktu hujan turun lebat pada pagi tu. Nampak ada nota terselit di 'wiper kereta'' OK lah tu kata hatiku. Tapi hampeh rupanya... Tertipu kita. Dalam nota tu tertulis "I'm sorry, please call this number 013-XXXXXXX". Rupa-rupanya 'nombor yanng anda panggil tiada dalam perkhidmatan'. Angin satu badan. Nak repair dulu ker nak pergi kerja dulu. Ambil keputusan pergi kerja, waktu lunch nanti baru pergi repair. Melayang RM200. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.

Ya Allah, ya Tuhanku, kuatkan lah hamba Mu ini dengan hati yang rela menerima setiap kejadian tu ada hikmah disebaliknya. Dan bersyukurlah apa yang ada dan ampunkan kesalahan ku sekiranya ada perbuatan ku ini yang melanggar perintah Mu, baik yang kecil mahu pun yang besar. Amin. 

Dua dalam satu...

Hari tu, 17hb. Sept ada dua peristiwa yang berlaku dalam satu hari. Tu yang jadi  2 in 1...

Sebelum tu, hari Jumaat 16hb. Hari Malaysia. Cuti. Tapi lepas sembahyang Jumaat, ada jemputan ke rumah kengkawan sempena Hari Raya. Satu kat Cheras, satu lagi kat Kota Damansara. Walaupun jauh sekali dan tak pernah pergi ke tempat tu, it's ok. Tak sangka disebalik bukit yang tinggi tu ada pulak rumah teres, ingatkan apartment ataupun Kondo je buat kat situ...Taman Bukit Permai, Cheras.
Kat Kota Damansara pulak buat kat apartment tp guna fasiliti yang ada, guna bilik/dewan kecil di tepi kolam renang bukan kat bawah tapi nun di tingkat tujuh tu...


Kolam Renang

Berlatarbelakang kan bangunan yang tinggi-tinggi tu...


Peristiwa pertama di pagi Sabtu jeng,jeng,jeng...
Nak pergi kenduri di Kuala Lipis. Kenduri kahwin kawan seopis(Safari Kassim). Nama tempatnya, Kampong Bertang, Bukit Betong. Ikut plan nampak ok jer tapi bila tiba kat sana yang mana mengambil masa perjalanan lebih kurang tiga jam, pelbagai peristiwa dan kejadian yang tak disangka berlaku. Dah lah rombongan guna dua buah bas, tak penuh pulak tu...Jalan nak masuk ke kampung ada masalah. Jalan kecil, bas tak boleh masuk.
Nak jalan, jauh jugak 2KM katanya. Tapi ada jugak yang tak sabar tu... cuba berjalan. Penat usah kira le, dengan anak-anak kecil nya lagi...

Jalan Yang Sempit


Rombongan
 Cuba cari alternatif lain, akhirnya sampai jugak kat rumah pengantin menggunakan jalan lain dan yang ini...

Jambatan Besi Bergantung

Merentasi Sungai

Yang Ni Waktu Balik (Tengok kat Tangan (Masing-masing Dapat Habuannya)

Setelah penat berjalan dan menunggu, akhirnya inilah hasilnya....



Licin Selicin-licinnya


Tak lupa jugak selepas perut di isi dan puas menikmati hidangan kampung, bergambar besama pengantin pula sebelum pulang...


Peristiwa kedua pula selepas kembali dari Kuala Lipis ialah pergi ke rumah Puan Sazilah kat Kampung Jawa, Klang. Beliau buat 'open house' raya. Apa lagi, kita orang yang tak berapa nak malu ni pergi ler... Dan inilah hasilnya kat rumah Sazilah.






Sebahagian Dari Juadah Yang Disediakan


Kita sambung cerita lain pulak...