Wednesday 1 June 2011

Dah lama berlalu...

Dah masuk bulan June, dua minggu sudah tak update. Pelbagai cerita dan peristiwa berlaku. Baik di opis mahupun di rumah.
Seperti biasa, kerja kat projek Compass tetap berjalan walaupun nampak tak berapa nak jalan.
Projek sama rakan-rakan opis pasal rekacipta inovasi nampaknya tak berjaya.
Perkara lain ada buat perbincangan dengan rakan opis tentang aktiviti untuk tahun ini. Tak tahulah boleh 'on' ke tidak. Kita cuma merancang tapi yang menentukan ALLAh jua.
Yang lain, sempena Himpunan Sejuta Belia kat Putrajaya ada aktiviti Walk Hunt. Secara tak langsung terlibat sama walaupun aku dah tak belia lagi... tapi sebelum tu ada pergi taklimat pasal treasure hunt hujung miggu ni...akan cuba yang terbaik...Pasal hunt-hunt ini memang minat.
Oh!ya, lepas Hunt kat Putrajaya hari tu, terus pergi rumah Rafiq kat Kelang pasal ada kenduri cukur jambul anaknya yang pertama. Makanan mewah... Aku pergi sama Zurisman dan Adnan.
Cuti sekolah pun dah bermula....kat opis ramai juga yang cuti, aku cadang nak ambil minggu depan. Tak pergi mana-mana cuma rehatkan diri jer...
Cerita kat opis lama ada macam-macam. Suka ada sedih pun ada...dah adat dunia.
Pengganti aku pun dah datang...kita lihat dan tungguuuu.....

3 comments:

  1. apa cerita macam2 kat opis lama tu?? share la... maklumlah saya tak join gossip.. hehe

    ReplyDelete
  2. abg hashim.. cerita yg mana ni??? share la... saya tak tau pun...

    ReplyDelete