Tuesday, 6 March 2012

Satu Peristiwa Tiga Tempat....

Kehadiran aku dalam majlis perkahwinan kengkawan.
Ada tiga majlis semuanya di tempat yang berbeza.
Yang pertama di Tanjung Karang. Perkahwinan Norlaila pada 18 Dis 2011.

     





 

Dalam perjalanan pulang singgah di kedai cendol.




Yang Kedua.
Tanggal 11hb Februari pula, aku bersama kengkawan (Azmi, Hafiz, Zurisman, Adnan dan anaknya) telah menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat Zuliana Zulkifle di Felda Piol, Jerantut.





Kehadiran ex-proton - Izzati dari Kuantan
Alang-alang dah sampai Jerantut, terlanjak ke Taman Negara pula.






Yang Ketiga.
25 Februari, majlis perkahwinan Siti Noorzana telah berlangsung di Ipoh.
 Aku bersama kengkawan sekali lagi hadir meraikan majlis tersebut. Muhamad, Rosli, Zurisman, Suhaimi dan Hadul turut serta dalam rombongan kali ini.
Tidak ketinggalan Aizal dan keluarga. Juga Nurlin dan Zaihanis bersama pasangan masing-masing turut hadir dalam majlis ini.







Begitulah selesainya majlis perkahwinan kengkawan. Didoakan semoga perkahwinan mereka diberkati ALLAH s.w.t.dan kekal sehingga akhir hayat. Amin....


Sunday, 4 March 2012

Hargai masa lalu....

14hb Februari jamuan makan tengahari COMPASS diadakan di Fuzion Restoran, Sunway Resort Hotel.
Jamuan diadakan sempena pelancaran fasa pertama untuk projek ini iaitu pada 13hb Disember 2011 yang lalu.













Saturday, 4 February 2012

Kesibukan...

Ya Allah ya Tuhanku...
Apakah kesibukan aku ini bermakna buat diriku ini...
Tunjukkanlah kepada hambaMU ini perkara-perkara yang mendatangkan faedah buat diriku ini, insan yang amat lemah dan perlukan lagi bimbingan dan tunjuk ajar.
Berikanlah aku kekuatan dan keazaman yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup ini. Ya Allah.
Aku memohon kepadaMU, sesungguhnya KAU Maha mengetahui kelemahan hambaMU ini.
Amin. Amin. Ya Rabul alamin.

Sunday, 1 January 2012

Tahun Baru 2012...

Alhamdullillah... Dipanjangkan umur dan insya-Allah rezeki akan bertambah dengan izinNya. Aminn...

Sambutan tahun baru kali ini amat berlainan untuk aku. Sambutan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.



Sambutan bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan sembang santai bersama Imam Muda Asyraf dan sorang lagi ustaz. Sampailah waktu Isyak. Berjemaah . Lepas tu ada sikit hiburan dari Shahir AF, Sham Kamikaze dan Dakmie. Yang di tunggu malam tu ialah Ustaz Azhar Idrus bersama Azizan, Raja Lawak Astro. Sessi bersama Ustaz ialah menjawab soalan berkaitan hiburan dan juga isu-isu semasa berkaitan agama. Zizan tanya Ustaz jawab. Ada lebih kurang 13 ke 15 soalan dalam masa dua jam Ustaz menjawabnya. Ada soalan dan jawapan memang kelakar. Salah satu soalannya lebih kurang macam ni bunyinya...

'Ketika saya memandu di LPT dengan kelajuan 180km/j (waktu malam, tiada kenderaan lain), tiba-tiba kelihatan Ustaz telah memotong kenderaan saya. Soalannya ialah berapa kelajuan meter kereta Ustaz ketika itu?'

Soalan nampak macam tak de kena mengena langsung dengan hal agama. Tapi Ustaz dengan selambanya menjawab, kereta aku meter ada satu jer... Persoalan sebenarnya, boleh tak kita memandu melebihi kelajuan yang dibenarkan? Ustaz pun terang ler dengan panjang lebar disulam dengan kata-kata lucunya.

Acara ni berlangsung lebih kurang 2 jam lamanya. Acara ini diakhiri dengan ustaz tanpa disangka-sangka telah menunjukkan kebolehan bermain gitar. Mula-mula Zizan tunjuk ler dia pun boleh main gitar.

20120101-041013.jpg

Lepas Zizan kecek-kecek sama Ustaz, Ustaz pun ambil gitar dan terus tunjukkan kebolehannya. Boleh tahan jugak dengar gorengan ustaz malam tadi.

detik-12-malam-2012-ustaz-azhar-idrus-(6)

Acara diteruskan sebelum detik 12 malam tiba dengan persembahan dari Shahir AF dan Ustaz Akhil Hayy. Bila sampai waktunya, berkumandanglah suara dari semua yang hadir mengalunkan lagu Asma al Husna. Nama-nama Allah. Dan disudahi dengan doa dari Ustaz Azhar Idrus.

Begitulah berakhirnya episod malam tahun baru kali ini... Semoga di masa-masa akan datang sambutan begini akan diadakan di seluruh negara. Aminn...

Sambutan amat mengalakkan. Katanya seramai 70 ribu orang yang hadir pada malam itu. Kalau betul alhamdullillah.

akhil hayy

detik-12-malam-2012-ustaz-azhar-idrus-(1)

sambutan-tahun-baru-azhar-idrus-dan-zizan-(4)

countdown-2012-tahun-baru-ustaz-azhar-idrus-(5)

Sunday, 25 December 2011

Bertemu dan berpisah...

Sudah menjadi adat dunia. Setiap pertemuan ada perpisahan. Dan setiap yang bermula ada akhirnya. Begitu juga rakan-rakan di pejabat. Dua perpisahan berlaku di pejabat aku pada bulan November yang lalu. Seorang berjawatan tinggi dan seorang lagi kerani biasa. Kat sini ada perbezaan yang nyata dalam sambutan majlis yang diadakan. Tak tahu kenapa jadi demikian. Sambutan pertama terbuka kepada semua warga kerja kat pejabat aku dan satu lagi hanya diadakan atas usaha sebahagian warga kerja yang rapat dengan rakan yang hendak pergi tu. Walau apa-apa pun diucapkan selamat berjaya buat mereka berdua. Madam Jasmin Gan dan Cik Siti Norzana.

Yang Pertama :-









Dan ini yang kedua :-
Yang ini ada tema -  warna biru atau 'pink'







Monday, 12 December 2011

Nostalgia...

Pada hari Ahad lalu, 27hb November, aku bersama 2 orang rakan lama (rakan sekolej dulu), Zahar sama Radwan janji nak jumpa. Benda ni lama dah 'plan'. Atas sebab2 tertentu baru kali ini dapat kita orang berjumpa. Alhamdullillah. Lebih dari 20 tahun dulu, kita orang selalu lepak bersama. Biasanya 5,6 orang tapi kali ni kami bertiga jer. Cukuplah buat permulaan. Kita orang nak plan nak 'round' satu KL. Bermula dari Kinrara (rumah Radwan) ke Puchong dan seterusnya ke Putrajaya.

Dan bermula lah perjalanan kami melalui Maju Expressway masuk ke jalan KL-Seremban. Dalam perjalanan pelbagai cerita dan kisah silam dikenang kembali. Ada yang lucu dan tak kurang juga yang sedih. Hampir suku KL kami pusing, sampailah waktu makan tengahari. Zahar cadang cari kedai makan kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Katanya dia pernah dengar kat 'area' tu ada sebuah kedai tempat arwah P.Ramlee pernah lepak dan makan dulu pada waktu beliau susah.(Zaman Kejatuhan). Cari punya cari jumpa jugak, mujur le Zahar sama Wan ingat nama kedai tu. Inilah nama kedainya,
                                Restoran Kudu Bin Abdul
Quick Info
AddressNo. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. 

To get there, go to Maju Junction Shopping Centre along Jalan Tuanku Abdul Rahman. You will see a traffic-light cross-junction and Centrepoint Hotel across the junction. Walk across to Centrepoint Hotel and walk further down till you see Commerce Assurance Berhad. Nasi Kandar Kudu bin Abdul is across the street. 
Business  Houropen everyday till about 8.30pm.
Nampaknya ramai sungguh yang makan di sini. Kena tunggu tempat duduk kosong, baru boleh makan.
Tempatnya biasa saje, nasi kandar gaya Penang. Dalam kedai tu memang ada gambar P.Ramlee dan kengkawannya. Ini salah satunya,
[IMG00107-20100302-1349.jpg]
Siap dengan menunya sekali
                                         
Facebook pun ada, http://www.facebook.com/pages/Restoran-Kudu-Bin-Abdul/380021840182?sk=info


Sebab kami nak rasa makan nasi kandar sebab terkenang 'Nasi Ganja' kat Ipoh dulu tempat kami belajar.


Located at Jalan Yang Kalsom, near to the new town's Police Station traffic light, this old looking coffee shop has been selling nasi kandar for decades. Back to the time when the Tanjung Rambutan bus station was operating, the business here was at its peak. Now, the bus station was no more there, yet the business of this little restaurant was nonetheless swarming.
kedai kopi yong suan
Kedai Kopi Yong Suan, a chinese named coffee shop. Who say you won't find Indian food at a chinese restaurant, indeed this is where the famous Nasi Kandar of Ipoh was located. Some would call it Nasi Ganja or Marijuana Rice!

                                           

Setelah perut di isi dan rasa mengantuk pulak, kami cadang balik ler. Lain kali pulak baru jalan-jalan.
Janji jumpa dilain kali.
                                 


 

Monday, 7 November 2011

Sebulan yang lalu...

Salam semua...

Dah berakhir bulan sepuluh, muncul pula bulan sebelas. Masa berlalu begitu pantas atau diri sendiri yang lalai dan alpa pada keujudan alam ini. Berlalu begitu saja tanpa bicara yang membolehkan kita mendapat menafaatnya. Ya, ALLAH, ampunkanlah hamba Mu ini, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui Segalanya.

Sepanjang bulan Oktober yang lalu, pelbagai aktiviti dan tugasan samada kerja di pejabat mahupun luaran aku lakukan.

Di pejabat, bulan ini dipenuhi dengan 'training'. Mula-mula dulu buat SIT (System Intergration Test I and II), lepas tu MUT (Module Unit Test) dan akhir sekali UAT (User Acceptance Test). Disamping tu ada pulak KUT (Key User Training), yang ni sapa yang pegi KUT akan jadi 'trainer' kepada 'end user'  nanti dalam EUT (End User Training) yang akan dijalankan lepas raya haji nanti. Dalam waktu ini, kesibukan amat ketara. Nampak mudah tapi memerlukan penumpuan yang sepenuhnya dan teliti agar setiap benda tidak akan ketinggalan dalam masa buat 'testing' ni. Takut nanti di kemudian hari akan timbul masalah dan dipersalahkan pulak.

Masa buat KUT
Disamping tu, seperti biasa setiap hujung bulan ada 'celebrate birthday' untuk yang terlibat sepenuh masa dalam projek ni, Bulan ni celebrate untuk tiga bulan sekali (Ogos, September dan Oktober). Sebabnya , dua bulan lepas, posa tak boleh nak makan waktu petang lepas tu cuti raya pulak dan sibuk memanjang kerja. Jadi aku pun termasuk ler dalam senarai. Tak lah mengharap sangat tapi masih lagi terkilan yang ditunggu tak kunjung tiba. Mungkin 'dia' terlupa atau pun dah lupa. Semoga dia tidak begitu tapi nampak gayanya macam tu. Nak buat camana, kita ni sapa di mata dan dihati 'dia'?.

Salah satu kek - Kek Cheese Oren



Seperti selalu selepas sesuatu 'event' habis yang boleh dikatakan berjaya, aktiviti luaran akan diadakan. Dah dua kali buat kat Mid Valley hari tu. Main boling sama 'laser tagging'. Kali ni pulak menjamu selera. Tempatnya kat Subang Jaya - Kelantan Delights ( www.kelantandelights.com ) - pada 3 Nov lalu.




















Ada tom yam, ikan siakap, daging, udang ,sayur dan dessertnya lompat tikam

Sedang menjamu selera

Kekenyangan

Antara yang hadir



Yang tu aktiviti semasa kat opis projek COMPASS.

Aku juga menghadiri majlis 'reunion' sekolah rendah sama sekolah menengah pada 22hb Oktober yang lalu.
Tempat seperti biasa, Restoran Liki-Liki kat Danau Kota, Setapak. Ramai juga yang hadir. Ada yang bawa famili dan ada orang baru nak 'join'. First time datang ke majlis ni. Nampak seronok sangat. Jumpa yang baru nak join, kenangan lama mengusik jiwa. Ya laa...dah lama tak jumpa hampir 28 tahun. Macam-macam cerita nak diceritakan...tapi masa nak mengizinkan. Cukup lah setakat pukul 12 tengah malam. Lain kali sambung lagi. Kalau umur panjang akan berjumpa lagi. Buat masa ni, FB kan ada lagi pun boleh call call. 

On 23rd to 25th October last month, Group Finance & Corporate Finance went to Team Building Program. Location at Pangkor Island Beach Resort, Pangkor Island, Perak. 3 days 2 nights.

Ikut jadual, mulakan perjalanan pukul 7.30 pagi. Tapi pukul 9 baru bertolak sebabnya...
                                                                        .
                                                                        .
                                                                        .

Salah satu tayar bas pancit

Kita sambung di lain entri...panjang cerita kat sana...